• +603-7783 1989
  • info@floormart.com.my

MEDINA SERIES

MEDINA ataupun Madinah Al-Munawwarah merupakan kota suci kedua bagi umat Islam. Di sini bermulanya pengembangan peradaban Islam setelah penghijrahan Nabi Muhammad SAW.

Kegemilangan dan permodenan bandar suci ini menjadi inspirasi rekaan karpet tanpa melupakan sentimen sejarah yang berlalu sejak sekian lama. Kepelbagaian latar belakang serta bangsa penganut Islam juga sedikit sebanyak diterapkan. Gabungan pilihan warna yang sesuai pula akan meningkatkan suasana ketika melaksanakan tuntutan ibadah harian.

Sebagai nilai tambah, aspek kesihatan dan keselamatan pengguna tidak pernah dilupakan. Pegujian serta pensijilan daripada agensi-agensi tempatan mahupun antarabangsa sentiasa dilaksanakan. Antaranya merupakan SIRIM QAS International dan Acumen Scientific.